Aku tidak layak mengungkap ketaatan andai tiada padanya selautan keikhlasan..^^

Wednesday, February 1, 2012

Peringatan Buat Sang Hati..

‎"Siapa yang melakukan SATU DOSA, maka akan tumbuh pada hatinya SETITIK HITAM, sekiranya dia BERTAUBAT akan TERKIKISLAH TITIK HITAM itu daripada hatinya. Jika dia TIDAK BERTAUBAT, maka titik hitam itu akan terus MEREBAK hingga SELURUH HATINYA MENJADI HITAM " (Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud;
"Sebenarnya ayat-ayat KAMI TIDAK ADA CACAT CELANYA, bahkan mata hati mereka telah DISELAPUTI KEKOTORAN DOSA dengan sebab perbuatan KUFUR DAN MAKSIAT yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

~SUCIKANLAH 4 hal dengan 4 perkara :
WAJAHMU dengan LINANGAN AIR MATA KEINSAFAN, LIDAHMU basah dengan BERZIKIR kepada PENCIPTAMU, HATIMU TAKUT dan GEMENTAR kepada KEHEBATAN RABBMU..dan DOSA-DOSA yang silam di sulami denganTAUBAT kepada Dzat yang Memiliki mu."




No comments:

Post a Comment