Aku tidak layak mengungkap ketaatan andai tiada padanya selautan keikhlasan..^^

Tuesday, May 29, 2012

My New Station 2

Satu hari je gembira cuz esok pagi tue ayah ana ada bagitau yang KUIN akan naikkan yuran pengajian..Gulp ! Agak terkejut..hati kecik ana berbicara sendiri..("macam nak berkecai ja harapan..").Tak sempat ana tanya dapat info tue dari mana tiba-tiba ayah ana terus cakap yang dapat dari tv3..terdetik di hati,"erm,,mungkin da somting".Tanpa fikir negatif,ayah ana pon mintak ana tepon orang yang bertanggungjawab di KUIN untuk tanya betul ke tidak soal kenaikan yuran tue.

Ana pon tepon..

Tuutt...Tuut...


"Assalamua'laikum,saya ..... bla.....bla........ , betul ke yuran pengajian KUIN akan dinaikkan?" (terketar-ketar menyusun ayat walaupun tak cakap berdepan,tepon jer..)Dalam hati,ana hanya memohon doa dari Allah agar info itu hanyalah sesuatu yang auta bukan fakta.
Bila ana mendengar jawapan dari pihak KUIN,ana terdiam.Ana bermonolog sendiri,"macam mana nih??bukan rezeki aku untuk ambik medic ke??".Jawapan dari pihak KUIN,"memang KUIN akan naikkan yuran pengajian atas permintaan pihak MQA".


Ana ambik masa untuk buat keputusan,fikir masak-masak sampai ranum,,dalam masa yang sama terngiang-ngiang kata-kata mak ana, "kalau boleh mak nak ina masuk ipta,kalau dapat ipta memang mak seronok dan bersyukur sangat."Subhanallah..susahnya nak buat keputusan !

So,bila ana fikir,fikir dan terus memikir,ana masih tak dapat jawapan yang kukuh untuk diri ana sendiri.Pada masa yang sama,mak ana minta ana terima tawaran UPSI.Ana bagi jawapan kat mak yang ana nak fikir dulu..Ana istikharah dan terdetik di hati ana nak minta pendapat dari seorang sahabat..Ana mesej bagitau masalah ana,antara KUIN dan UPSI..

5 minit lepas tue...tett..tett.. (bunyi mesej)

gambar secumey ayat2 mesej yang ana dapat..^^


"ina,,cuba ina tengok surah al-Baqarah ayat 216.Apa yang kita suka tak semestinya itu yang terbaik buat kita dan apa yang kita tak suka mungkin itu yang terbaik buat kita.Kan ada jugak dalam hadith yang redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa............"


Subhanallah..adakah itu petunjuk dari Allah??



Monday, May 28, 2012

mY nEw sTaTion

Entry yang lepas ana ada sebut tentang UPSI..bukan senang untuk ana buat keputusan untuk masuk UPSI neh..nak tahu sebab apa??.sebelum dapat tawaran UPSI,ana dah dapat keputusan dari sebuah kolej universiti di utara semenanjung iaitu KUIN.So,kat situ ana ada peluang untuk masuk medic..sonok bukan kepalang haa..impian nak jadi dokter dah 20% nak tercapai..eh..betul ker??kui3

semangat nak jadi student medic !


Bermulalah alkisah pilih memilih,bincang berbincang,pikio memikio dan sebagainya..poning kepalo neh..

pening tahap kritikal dah nih !


Mula-mula ana buat keputusan tolak je tawaran dari UPSI neh and nak sambung degree di KUIN.Ayah ana pun setuju,tapi.......my mum ! (she doesn't agree with my decision).Bila berbincang,,slow talk with her,,then my mum pun setuju.Gembira + terharu..(1 hari je gembiranya..huhu)

nak tahu sebab apa sehari ja??
-tunggu entry lain pulak..ana ada keja neh..^^-

Sunday, May 27, 2012

i'm back !


Alhamdulillah..Allah bagi kesempatan untuk ana jenguk-jenguk blog ni..lama tak menjenguk blog nih c0z laptop rosak n sibuk bekerja..sekarang dah berhenti keja jadi cikgu tadika (dah behenti keja,,tapi ada lagi tugas yang belum selesai..huhu)..bukan tak tahan dengan karenah budak-budak na,,tp ana dah dapat offer further study di UPSI..^^



Gambo neh boy,,cari yang girl x jumpa pulak,,xpe,yang penting cute..hehe

Friday, February 17, 2012

Lets learn English


Grammar : NOUNS

Nouns are things,people,animals and feeling that we can touch,see,feel,hear or taste.

          Example :- house                    - cow
                         - man                      - sadness


TYPES OF NOUNS
- There are four main types of nouns in English.


  • Common Nouns: The examples of common nouns are
                                     - girl                 -school            - buffalo

  • Proper Nouns:  The examples of proper nouns are
                                    - Suhaila               -Malaysia               -Sang Kancil

  • Abstract Nouns:  The examples of abstract nouns are
                                     - happiness            -torture                 - hunger

  • Collective Nouns:  The examples of collective nouns are
                                      - a flock of sheep                          - a herd of cows
                                      - a swarm of bees

COUNTABLE AND UNCOUNTABLE NOUNS

Nouns can be divided into TWO categories: countable and uncountable nouns.

 countable nouns: Nouns that have plural form.
 Examples:
     boy  -  boys
     lorry  -  lorries
    watch  -  watches
    child  -  children
    man  -  men

 uncountable nouns: Nouns that only exist in singular form.
 Examples:
     - water     - wind      - sand       - milk             

CHANGES IN NOUNS (from singular to plural)


  • By adding 's'
          Most countable nouns have 's' in their plural forms.


      Singular
 Plural
 sister
 sisters
car
cars
computer
computers
table
tables
day
days
lion
lions

  • By adding 'es'
         Countable nouns that end with letters o,x,s,sh and ch take 'es' in their plural form.

 Singular
 Plural
 potato
 potatoes
 tomato
 tomatoes
 box
 boxes
 fox
foxes 
 class
classes 
 glass
glasses 
 bush
 bushes
 watch
 watches


NOTE: There are exceptional cases for this type changes.
             Examples : the plural form for RADIO is RADIOS
                              the plural form for OX is OXEN
  • By deleting the 'y' and replacing with 'ies' (Make sure a consonant is before the 'y')
          This can be done on singular nouns that end with 'y' and the letter before is a consonant.

 Singular
 Plural
 ferry
 ferries
 lady
 ladies
 baby
 babies
 lorry
 lorries
 mummy
 mummies

  • By deleting 'f','fe' ang replacing with 'ves'
           Normally,these types of changes happen on singular nouns that end with 'f'' and 'fe'.

 Singular
 Plural
 wife
 wives
 wolf
wolves 
 knife
knives 
 leaf
leaves 
 loaf
loaves 


NOTE: There are also exceptional cases for this type of change.
             Example : The plural for 'roof' is 'roofs'
  • Total changes
         Some nouns change totally in their plural form.

 Singular
 Plural
 mouse
mice 
 child
children 
 woman
women 
 cactus
cacti / cactuses 
 postman
postmen 

Sunday, February 12, 2012

IkHLas..



ikhlas itu ibarat semut hitam 
yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap.
Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas Iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.
Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas;
Membantu seseorang sambil berkata,
"Ambillah, saya ikhlas."
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak,
"Saya tolong awak ini ikhlas tetapi sedih kerana awak menolak."
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,
"Yang Ikhlas."
Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
Erti Ikhlas
Murni, bersih, jenisnya sahaja dan tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung kerana apabila sudah bercampur dengan benda lain ia sudah tidak tulen lagi.
Begitulah dalam beramal - solat, zakat, membaca al-Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar semuanya semata-mata kerana Allah; kerana suruhan-Nya, kerana keredhaan-Nya, kerana arahan-Nya, kerana mentaati-Nya dan kerana patuh pada-Nya.
Jadi, perkara di atas adalah kerana-Nya yang satu. Tujuannya hanya satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.
Sekiranya niat atau dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain Allah seperti riak, megah, glamor, pangkat, takut orang tidak suka, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka keikhlasannya telah ternoda.
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, forum, upacara memberi hadiah; lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.
Khususul Nafs
Kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada tiga (3) jenis kedudukan:
  •  awal
  •  pertengahan
  •  akhir
Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata ;
"Inilah masanya nak jadi popular."
"Aku akan jadi terkenal."
" Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."
Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata ;
"Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."
Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata ;
"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."
Waktu itu maka datanglah rasa riak hingga lupa semuanya itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah, tiba-tiba apabila siap sahaja rumah itu runtuh menyembah bumi.
Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab mempunyai rasa riak. Sifat takwa sudah ternafi.
Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.
artikel iluvislam

Saturday, February 11, 2012

HeBaTnYa WaNita..


Subhanallah..Alhamdulillah..tidak putus-putus mulut mengungkap kata syukur apabila membaca artikel ini..Artikel kali ini dicopy dari iluvislam.com sebagai perkongsian ilmu..
Ketika membaca artikel ini,,timbul tanda tanya di kotak fikiranku.."Kenapa masih ada hamba Allah yang mahu mengubah jantina?Susah benarkah menjadi seorang wanita?..
Mari sama-sama kita terokai betapa HEBATnya seorang wanita itu..

Malaikat menghadap Allah dan bertanya : "Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini..?" 

Allah menjawab : "Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar bisa menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu di rumah tinggalnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang bisa menyembuhkan rasa sakit. Dia harus bisa melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya."

Malaikat terkejut dan berkata : "Hanya dengan 2 tangan… 2 tangan! ini adalah hal yang mustahil..."

Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. lalu kepada malaikat, Allah berfirman : "Tunggulah sampai besok aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar ! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia bisa menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia bisa bekerja sepanjang hari dan malam..."

Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : "Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!"

Allah menjawab : "Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak bisa menggambarkan sampai dimana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar."

Malaikat bertanya: "Apakah dia bisa berpikir?"

Allah menjawab : "Tidak hanya berpikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia bisa berdialog dan juga bisa berdebat."

Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :"Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?"

Allah menjawab : "Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ tersimpan air mata… dan di situ terletak banyak beban berat."

Malaikat bertanya : "Kenapa mengalirkan air mata?

Allah menjawab : "Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban.

Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya... -


Monday, February 6, 2012

CaNtiK seOraNg muSLimah




Awalnya aku tidak percaya diri..
Dengan pakaian tertutup rapi..
Ada yang berkata aku tidak ‘trendy’..
Tapi ku kuatkan hati..

Wahai kawan yang bermimpi sanjungan..
Cantik bukan bererti buka-bukaan..
Cantik bukan bererti selalu berdandan..
Dan cantik bukan bererti seorang pujaan..

Ku ulurkan jilbabku sehingga terasa damai hatiku..
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku..
Ku lakukan semua itu demi cintaku pada Rabbi ku..
Dan ku berbisik dalam hatiku, ‘semoga Engkau bahagia melihatku’..

Andai semua orang memahami..
Cantik lahir bukanlah ukuran..
Tapi cantik hati memikat semua orang..
Dan yang utama berbudi pekerti..
Seperti yang Rasul contohkan..